Wednesday 9 May 2012

Kartun

Terima Kasih Cikgu

Contoh Soalan Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

  • Bercerun Curam
  • Menghadap Laut
  • Terdapat rumah api
1. Maklumat di atas merujuk kepada
    A   tebing tinggi
    B   gerbang laut
    C   pentas dunia
    D   tunggul sisa

2. Bentuk muka bumi yang terdapat di hilir sungai ialah
    i.   delta
   ii.   tasik ladam
  iii.   lubang periuk
   iv.  jeram

  A   i dan ii
  B   ii dan iii
  C   iii dan iv
  D    i dan iv


3. Antara berikut yang manakah amalan pertanian yang menghalang kejadian hakisan tanah?
I Tanaman berteres
II membina parit dan tali air
III membajak mengikut kontur
IV menanam tanaman tutup bumi
A  I, II dan III
B  I, II dan IV
C  I, III dan IV
D  II, III dan IV

4. Kedudukan sesuatu tempat yang dinyatakan berdasarkan kepada titik rujukan dinamakan
A  koordinat
B  kedudukan tepat
C  kedudukan bandingan
D  kedudukan relatif

5. Antara berikut penyataan yang manakah benar tentang kedudukan relatif?
I    dinyatakan dalam empat angka
II   menyatakan kedudukan secara bandingan
III merujuk kepada sesuatu titik rujukan
IV titik persilangan antara lajur dan baris
A  I dan II
B  II dan III
C  III dan IV
D  I dan IV

Kemahiran Geografi Tingkatan 1

TINGKATAN 1:
KEMAHIRAN GEOGRAFI


UNIT 1: KEDUDUKAN

1.Kedudukan ialah perletakan atau lokasi sesuatu tempat.
Terdapat dua cara menyatakan kedudukan:
a) Koordinat
b) Titik rujukan

2. Titik rujukan ialah objek atau tempat yang dirujuk untuk menentukan kedudukan sesuatu objek atau tempat lain.

KOORDINAT
1. Koordinat ialah titik persilangan antara lajur dan baris.
2. Koordinat dinyatakan dalam empat angka.
3. Nilai lajur dinyatakan terlebih dahulu diikuti oleh baris.


UNIT 2: ARAH

1. Arah merujuk kepada kedudukan sesuatu tempat dari tempat lain.
2. Kita dapat menentukan arah berpandukan kedudukan matahari dan memerhatikan bintang di langit.
3. Kompas dapat memberikan arah mata angin dengan tepat.
4. Pada permukaan kompas ditunjukkan arah mata angin utama iaitu utara (U), timur (T), selatan (S), dan barat (B).
Antara arah mata angin utama, terdapat arah mata angin perantaraan iaitu Timur Laut, Tenggara, Barat Daya dan Barat Laut.
5. Jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah Utara kerana tarikan medan magnet bumi.
6. Kompas mesti dijauhkan daripada bahan bermagnet bagi mengelakkan jarum kompas terpesong.

UNIT 3: SKALA DAN JARAK

SKALA
1. Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis pada peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi.
2. Skala yang biasa digunakan ialah skala lurus atau skala linear.
3. Selain itu terdapat juga skala penyata.


JARAK
1. Jarak ialah ukuran jauh antara sesuatu tempat dengan tempat lain.
Jarak dinyatakan dengan cara jarak mutlak (kilometer dan meter), dan jarak relatif (masa dan kos).

MENGUKUR JARAK ATAS PETA

1. Jarak lurus dapat diukur dengan menggunakan pembaris, jangka tolok atau jalur kertas.
2. Jarak melengkung pula dapat diukur menggunakan benang, tali dan jalur kertas.
3. Kemudian jarak ini ditukarkan kepada jarak di permukaan bumi berpandukan skala peta.


UNIT 4: GRAF

1. Mengumpul data dapat dilakukan melalui cara pemerhatian, temu bual, banci, soal selidik atau tinjau siasat dan rujukan perpustakaan.
2. Data yang dikumpulkan perlu disusun menggunakan jadual kekerapan agar mudah ditafsir.
3. Jadual perlu dibina sebelum membina graf.
4. Terdapat pelbagai bentuk graf iaitu graf bar mudah dan graf garisan.


MENTAFSIR GRAF
Semasa mentafsir jadual dan graf, anda mesti meneliti tajuk, jumlah, nilai tertinggi dan nilai terendah.

PROSES MENGUMPUL DAN MEMPERSEMBAH MAKLUMAT

a) Memilih perkara-perkara tertentu untuk dikumpulkan maklumat

b) Memilih kaedah yang sesuai

c) Mengumpul dan merekod data

d) Menyusun maklumat dan data dalam bentuk jadual

e) Membina graf bar dan graf garisan berdasarkan jadual

f) Mentafsir jadual, graf bar mudah dan graf garisan.


UNIT 5: PETA

1. Peta ialah suatu gambaran atau lukisan tentang sesuatu kawasan di permukaan bumi yang dilihat dari udara.
2. Peta sering digunakan bagi melihat taburan ciri fizikal dan budaya sesuatu kawasan.
3. Simbol digunakan bagi mewakili ciri geografi bagi merekod maklumat dalam sesebuah peta.
4. Petunjuk digunakan bagi menerangkan ciri yang diwakili oleh setiap simbol.
5. Terdapat pelbagai jenis simbol seperti simbol titik, simbol garisan dan simbol lorekan.
6. Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi dan kemudahan awam dalam peta.

A. Alur
B.P Balai Polis
Hosp. Hospital
Sek. Sekolah
Kg. Kampung

MELUKIS PETA LAKAR

Langkah-langkah melukis peta lakar:
1. Lukiskan sebuah peta rangka kawasan.
2. Pilih simbol yang sesuai bagi melambangkan ciri geografi.
3. Lukiskan ciri geografi dengan menggunakan simbol, warna dan singkatan yang sesuai.
4. Lengkapkan peta dengan petunjuk peta, arah mata angin, skala peta dan tajuk.



SELAMAT MAJU JAYA...

Wednesday 2 May 2012

Tanah Tinggi



1  Lebih 60% daripada muka bumi negara kita terdiri tanah tinggi.
2  Banjaran di Semenanjung Malaysia :
a)    Banjaran Nakawan
b)    Banjaran Kedah Singora
c)     Banjaran Bintang
d)    Banjaran Keledang
e)    Banjaran Titiwangsa/Besar
f)     Banajran Benom
g)    Banjaran Tahan
h)    Banjaran Pantai Timur

3  Banjaran di Sabah:
a)    Banjaran Crocker
b)    Banjaran Trus Madi
c)     Banjaran Witti
d)    Banjaran Maitland
e)    Banjaran Brassey

4  Banjaran di Sarawak :
a)    Banjaran Tama Abu
b)    Pergunungan Iran
c)     Pergunungan Hose
d)    Banjaran Kapuas Hulu
e)    Banjaran Kelinkang   


Pusat Peranginan Utama di Malaysia

NOTA

Kedudukan Malaysia


1  Berhampiran Garisan Khatulistiwa.
2  Keluasan :  329 733km persegi
3  Terdiri darpada :
      a)  13 buah negeri
      b)    3 wilayah persekutuan
4   Mempunyai kedudukan geografi  strategik :
      a)  kedudukan di tengah-tengah jalan laut  antara timur dan barat.
      b)  terletak di luar Lingkaran Api  Pasifik dan laluan Angin taufan.